TOKOH SUKAN SK KAPULU 2018

PENCAPAIAN TAHUN 2018

Tokoh Sukan Sekolah : Rajuddin Robat

1. Pertandingan Ping Pong Pedalaman Peringkat Negeri Sabah.

SK Kapulu telah menghantar dua orang murid wakil untuk permainan Ping Pong Sekolah Pedalaman peringkat Negeri Sabah yang telah di laksanakan di Dewan SJKC Chung Hwa Tenom. Dua orang murid tersebut ialah Rajuddin Bin Robat dan Alexander Neil Marayol masing-masing dalam kategori perseorangan lelaki.
Walaupun kedua murid ini tidak berjaya mendapat sebarang pingat, namun pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah di atas kesungguhan kedua-dua murid ini sepanjang pertandingan.

2. Bola Sepak Bawah 12 Tahun Peringkat MSS Negeri Sabah.


Seorang murid SK Kapulu iaitu Rajuddin Robat telah mewakili Daerah Tenom ke Kejohanan Bola Sepak 12TKB peringkat MSSB Pedalaman yang telah dilaksnakan di padang SK Pekan Tenom. Pasukan Tenom telah mendapat Naib Johan dalam kejohanan tersebut. Rajuddin Robat merupakan salah seorang daripada dua orang pemain dari Tenom yang terpilih mewakili pasukan Pedalaman Keningau ke Peringkat Negeri di Kudat. Syabas dan Tahniah.

3. Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Peringkat MSS Negeri Sabah.

Sepak Takraw merupakan sukan permainan yang diminati di kampung Kapulu. Setiap tahun SK Kapulu akan menghantar penyertaan dalam pertandingan sepak takraw. Bagi tahun 2018 ini, seorang murid SK Kapulu iaitu Rajuddin Robat sekali lagi berjaya menunjukkan bakat dalam sukan takraw di mana Rajuddin berjaya menjadi Tekong utama pasukan pedalaman Keningau ke peringkat MSS Negeri Sabah di Kudat. SK Kapulu mengucapkan setinggi tahniah kerana regu Rajuddin berjaya menjadi juara kejohanan dan membawa balik pingat emas. Tahniah juga kepada Cikgu Ruzeiman Sahat yang menjadi jurulatih takraw untuk pasukan Tenom.


4. Olahraga Dan Balapan Peringkat MSSD Tenom.


Rajuddin Robat telah mendapat emas dalam acara 100 meter dan 200 meter peringkat Zon 5 Kemabong. Rajuddin mewakili Zon Kemabong ke peringkat MSSD Tenom dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4 X 100 meter. Dalam acara saringan 100 meter, Rajuddin mendapat tempat pertama dan berjaya masuk ke Final. Semasa final Rajuddin hanya mampu menghabiskan larian di tempat keempat.

Comments

Popular posts from this blog

Kontinjen Zon Kemabong ke MSSD Olahraga Tenom kali ke-49 Tahun 2019

Gimnastik 2019